Posts

Showing posts from May, 2023

Kesedaran mendaftar harta intelek semakin meningkat - Berita Harian

Image
  Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Mei 9, 2023 KUALA LUMPUR: Kesedaran usahawan termasuk wanita serta industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai kepentingan harta intelek (IP) semakin meningkat. Mengikut laporan sebanyak 46,812 IP didaftarkan pada 2021. IP adalah permulaan perniagaan berpacukan inovasi yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat dan negara selepas berjaya dikomersialkan. Ia sama ada dalam bentuk paten, hak cipta, reka bentuk perindustrian, rahsia dagangan dan pelbagai lain penting dalam memastikan keunikan produk dan isu cetak rompak atau pelanggaran hak daripada pesaing. Pegawai Penyelidik Kanan, Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Asrizam Esam , berkata perniagaan berpacu IP kini menjadi agenda utama supaya manfaat inovasi dapat dinikmati masyarakat dan negara. Namun katanya, ia memerlukan ekosistem inovasi mantap bagi memacu hala tuju inovasi yang tepat dan berkesan bukan hanya di peringkat tempatan sahaja.