Posts

Showing posts from December, 2023

Staf PSP UPM Raih Naib Johan Menulis Sajak Kenegaraan 2023 KKD-DBP

Image
BANGI 28 Nov 2023, - Pegawai Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih Naib Juara Pertandingan Menulis Sajak bertemakan Kenegaraan 2023 yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka DBP bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 yang telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi. Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang hadir pada Majlis Penutup Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 hari ini yang turut diiringi oleh Timbalan Menteri YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Putra Science Park UPM telah memenangi Naib Johan daripada 1,293 penyertaan diterima dari seluruh negara menerusi sajak bertajuk Senandika Merdeka. Pertandingan ini bermula pada 30 Ogos hingga 16 September 2023 dan terbuka kepada warganegara Malaysia dan had