Staf PSP UPM Raih Naib Johan Menulis Sajak Kenegaraan 2023 KKD-DBP



BANGI 28 Nov 2023, - Pegawai Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih Naib Juara Pertandingan Menulis Sajak bertemakan Kenegaraan 2023 yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka DBP bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 yang telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi.


Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang hadir pada Majlis Penutup Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 hari ini yang turut diiringi oleh Timbalan Menteri YB Teo Nie Ching dan Ketua
Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.


Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Putra Science Park UPM telah memenangi Naib Johan daripada 1,293 penyertaan diterima dari seluruh negara menerusi sajak bertajuk Senandika Merdeka. Pertandingan ini bermula pada 30 Ogos hingga 16 September 2023 dan terbuka kepada warganegara Malaysia dan hadiah wang tunai ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Menurut Asrizam, yang bertugas sebagai penyelidik dan pegawai pemasaran di pusat pemindahan teknologi UPM mula aktif menulis sajak secara eceran dia akhbar, majalah DBP, laman web, serta buku antologi di Malaysia dan Indonesia sejak terpilih ke program Temu Penyair Asia Tenggara II di Padang Panjang Indonesia pada Disember 2022 yang lalu.


“Pertandingan sajak seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara secara berterusan melalui penghasilan karya sastera yang masih lagi relevan di dalam era AI dan generasi muda kini”, katanya.


Walau tidak mempunyai latarbelakang sastera, sajak telah menjadi satu medium luahan yang amat baik bagi meredakan tekanan kerja disamping dapat memartabatkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, tambahnya lagi.


Johan pertandingan diterima oleh penulis muda, Haikal Azizi Jamil daripada Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Selangor dan tempat ketiga oleh Datu Ramlee Datu Amir Hussin daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Sabah.

Artikel  https://sciencepark.upm.edu.my/berita/staf_psp_upm_raih_naib_johan_menulis_sajak_kenegaraan_2023_kkd_dbp-76691

Comments

Popular posts from this blog

Aquaculture New Technology 2023 - MAMADry & UPM Kelah-Lampam Hybrid

Kesedaran mendaftar harta intelek semakin meningkat - Berita Harian

Media 2021 - Teknologi dan inovasi di media