Ideavault - Sayembara Idea Gegarkan Putrajaya : PSP UPM
Ideavault merupakan sayembara idea yang dihimpunkan dari seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur, bakal dipertandingkan dan menggegarkan Putrajaya pada 4 hingga 7 November 2025 nanti sempena Festival Idea Putrajaya 2025 yang bakal berlangsung. FOI Putrajaya 2025 bakal menyaksikan 100 idea terbaik akan dibentangkan untuk dinilai idea terbaik yang mampu direalisasikan bagi membantu industri, pihak kerajaan dan rakyat Malaysia terutamanya. Pertandingan ini telah dimulai pada penghujung tahun 2024 dan akan sampai ke acara kemuncaknya di PICC nanti. Impak kepada Rakyat Menggalakkan rakyat pelbagai lapisan masyarakat untuk berperanan aktif dalam mencetuskan solusi inovatif yang dapat memperbaiki kehidupan sosial dan ekonomi. Memupuk semangat nilai budaya, moral dan jati diri sebagai asas dalam pembangunan negara yang seimbang dan mampan. Membuka peluang kepada golongan profesional, pelajar, dan umum untuk berkongsi dan menilai idea yang boleh membawa...