Ideavault - Sayembara Idea Gegarkan Putrajaya : PSP UPM

 


Ideavault merupakan sayembara idea yang dihimpunkan dari seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan umur, bakal dipertandingkan dan menggegarkan Putrajaya pada 4 hingga 7 November 2025 nanti sempena Festival Idea Putrajaya 2025 yang bakal berlangsung. FOI Putrajaya 2025 bakal menyaksikan 100 idea terbaik akan dibentangkan untuk dinilai idea terbaik yang mampu direalisasikan bagi membantu industri, pihak kerajaan dan rakyat Malaysia terutamanya. Pertandingan ini telah dimulai pada penghujung tahun 2024 dan akan sampai ke acara kemuncaknya di PICC nanti.


Impak kepada Rakyat

  • Menggalakkan rakyat pelbagai lapisan masyarakat untuk berperanan aktif dalam mencetuskan solusi inovatif yang dapat memperbaiki kehidupan sosial dan ekonomi.

  • Memupuk semangat nilai budaya, moral dan jati diri sebagai asas dalam pembangunan negara yang seimbang dan mampan.

  • Membuka peluang kepada golongan profesional, pelajar, dan umum untuk berkongsi dan menilai idea yang boleh membawa impak positif kepada masyarakat dan negara.

  • Mengukuhkan budaya inovasi yang berteraskan teknologi dan ilmu pengetahuan yang relevan dengan keperluan tempatan dan global.

  • Menyokong visi Malaysia menjadi sebuah negara maju dan inklusif dengan pendekatan pembangunan berorientasikan kesejahteraan sosial dan keadilan.

  • Menyediakan platform IdeaVault yang mudah diakses untuk memotivasikan kreativiti rakyat dan mencari solusi terhadap pelbagai cabaran semasa dan masa depan.

Dengan pendekatan ini, rakyat Malaysia bukan sahaja diberi ruang berkarya dalam mencipta idea baru, malah turut menjadi pemangkin perubahan positif demi kepentingan bersama dan kesinambungan pembangunan negara.

 

ARTIKEL PENUH

https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/ideavault_sayembara_idea_gegarkan_putrajaya-89011



Comments

Popular posts from this blog

Connection between New Invention & Patent

New Technologies in Agriculture Sector

MMTWENTY - Device for uric acid detection